Pesalah parkir diheret ke mahkamah

Komuniti
Typography

MAJLIS Perbandaran Temerloh (MPT) akan mengheret pesalah parkir ke mahkamah tidak lama lagi.

Yang Dipertua MPT, Azlan Md Yaman berkata, tindakan itu diambil selepas tawaran kompaun RM5 bagi setiap kesalahan parkir selama satu setengah bulan tidak mendapat sambutan pengguna.

“Kita menawarkan diskaun kesalahan parkir letak kereta bermula 1 Ogos sehingga 15 September lepas, tetapi tidak mendapat sambutan.

“Jadi langkah seterusnya kita akan mengambil tindakan mahkamah. Mereka yang disaman perlu membayar penuh kompaun berbanding diskaun RM5.

“Setiap kompaun maksimum sebanyak RM50 yang dikenakan sebelum ini,” katanya di Temerloh.

Oleh itu katanya, potongan saman parkir yang diberi sebelum ini sudah berakhir. – HARAKAHDAILY 21/9/2017