Hospital seluruh negara kurang katil

Komuniti
Typography

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia mengakui hospital di seluruh negara kekurangan katil bagi membolehkan rakyat mendapat rawatan lebih sempurna.

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, situasi itu menyebabkan tidak ramai pesakit boleh mendapat rawatan.

Sebaliknya kata beliau kalau jumlah pesakit berkurangan, mungkin tidak perlu kepada jumlah katil yang banyak di hospital.

“Jika ditambah bilangan katil samalah seperti parkir kereta, semakin banyak kenderaan yang dikeluarkan maka semakin bertambahlah tempat meletak kenderaan,” ujarnya selepas merasmikan persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan Dari Perspektif Islam Kedua di Kuala Nerus kelmarin.

Persidangan itu dianjur Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) cawangan Terengganu, disertai seramai 500 peserta. – HARAKAHDAILY 19/9/2017