Henti pembangunan berlebihan, penebangan pokok dan penarahan bukit di Pulau Pinang

Komuniti
Typography

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa bimbang oleh kejadian banjir kilat yang melanda bahagian Pulau dan Seberang Perai berikutan hujan lebat sejak awal pagi Jumaat, 15 September.

Selain daripada banyak kawasan di Pulau Pinang ditenggelami air, kami juga menerima berita mengenai kejadian tanah runtuh dan lumpur di beberapa kawasan seperti di Tanjung Bungah dan Paya Terubong, di mana terdapat kerja-kerja menarah bukit yang dilakukan untuk projek pembangunan.

Jelas sekali, walaupun insiden banjir dan tanah runtuh yang berlaku sebelum ini di Pulau Pinang berikutan hujan lebat, kita masih tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Hujan lebat dijangka melanda Pulau Pinang dan seluruh negara.
Tetapi apa yang paling kurang menyenangkan ialah kerajaan negeri, sebagai ganti mengambil langkah pencegahan seperti melindungi tanah bukit dan menanam lebih banyak pokok untuk mencegah hakisan tanah dan larian air permukaan, meluluskan lebih banyak penebangan pokok dan penarahan bukit sepanjang jalan untuk pelbagai jenis projek pembangunan.

Semua langkah pencegahan banjir terbukti tidak berkesan dan mencukupi jika kita tidak menangani punca banjir kilat dan tanah runtuh yang berpunca daripada peningkatan larian air permukaan akibat daripada penebangan pokok dan penarahan bukit.

Kerajaan Negeri perlu menghentikan pembangunan yang salah ini dan mestilah benar-benar mesra alam sekitar dengan mengambil langkah untuk melindungi semua tanah bukit, menanam lebih banyak pokok dan benar-benar memastikan pembangunan lestari.

Lebih banyak hujan dijangka turun akibat daripada kesan perubahan iklim, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, sepertimana kejadian banjir besar di Asia Selatan dan Amerika Syarikat.

Banyak negara mengambil langkah penyesuaian yang serius selaras dengan kesan perubahan iklim tetapi Pulau Pinang dan Malaysia jauh sekali daripada mempunyai langkah penyesuaian bagi menangani insiden hujan lebat yang akan berlaku dengan lebih kerap.

Kini tiba masanya untuk kita mempelajari daripada kesilapan, dan mengambil langkah pembetulan segera serta melaksanakan pelan penyesuaian yang lebih sempurna.


SM Mohamed Idris
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Shgabat Alam Malaysia