PAS potensi bertapak di Dun Mentakab

Komuniti
Typography

PAS Temerloh akan melancarkan jentera pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab sempena Karnival Rakyat Dun berkenaan esok.

Pengarah Majlis Tindakan Pilihan raya (MTD) PAS Dun Mentakab, Abirerah Rerah Awang Chik berkata, karnival itu akan diadakan di Wadi Al Amin, Berhala Gantang bermula jam 8 hingga 2 petang.

Katanya, pelbagai program menarik akan diadakan termasuk berjalan 10,000 langkah, memancing, mewarna, liga penalti, pertandingan motosikal lambat.

Selain itu master chef ikan patin, memanah, pertandingan cari barang dan tarik tali.

“Karnival Rakyat 2017 diadakan di Dun Mentakab setelah mengambil kira Dun terbabit antara Dun berpontesi untuk dimenangi PAS dalam Pilihan raya Umum ke-14 tidak lama lagi,” katanya di Temerloh.

Pada PRU 13 Dun berkenaan dimenangi DAP melalui Raja Zulpuri Raja Fuji yang menewaskan penyandangnya Datuk Chua Boon Seong. - HARAKAHDAILY 8/9/2017