Janji bina hospital 10 tahun berlalu

Komuniti
Typography

SEJAK 2006 Umno dan Barisan Nasional (BN) berjanji membina hospital di Pendang namun sehingga sekarang bayang pun tidak nampak.

Dan sekarang menjelang Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 sekali lagi janji tersebut ditabur.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pendang, Dr Rahimah Sahit berkata, janji tersebut lebih sebagai retorik politik Umno bagi menarik simpati rakyat.

Sedangkan katanya, rakyat Pendang disogok janji membina hospital sejak  10 tahun lepas, namun belum kelihatan sehingga sekarang.

"Rakyat Pendang sudah lama menunggu janji pemimpin Umno. Sekarang tahun 2017 sudah hampir ke penghujungnya projek berkenaan belum nampak lagi,” katanya ditemui di Pendang. - HARAKAHDAILY 7/9/2017