Setelah 60 tahun, merdekakah wanita?

Komuniti
Typography

WALAUPUN pada hari ini, genaplah 60 tahun negara Malaysia merdeka dari penjajahan British, namu begitu banyak persoalan yang timbul, adakah benar-benar wanita atau golongan muslimah itu merdeka.

"Adakah rakyat telah merdeka daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan hati?" tanya Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Zarani Othman.

Beliau juga bertanya adakah kita telah merdeka daripada iktiqad yang serong dan terpesong kepada iktiqad yang subur dan merdeka.

“Adakah kita merdeka daripada kezaliman pemerintah berdasarkan hawa nafsu kepada pemerintah yang beramal dengan Islam sepenuhnya?

“Adakah kita telah benar-benar merdeka, dengan jiwa dan minda kita hanya tunduk semata-mata kepada Allah?” soal beliau lagi.

Apa yang amat menyedihkan, katanya setelah 60 tahun merdeka dan walaupun ramai wanita dan lelaki Malaysia yang berpelajaran dan berjawatan tinggi, namun rasuah dan salah guna kuasa semakin bertambah.

“Kadang-kadang wanita lebih tinggi jawatan dan kedudukannya daripada kaum lelaki, ibarat pepatah melayu yang berbunyi ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' tetapi sayang seribu kali sayang apabila ianya tidak berpaksikan aqidah Islam. Segala yang ada hanyalah membuahkan natijah yag semakin meruntuh dan merosakkan negara," katanya dipetik Buletin Online.

Selain itu, tambahnya, penyalahgunaan kuasa semakin bermaharajalela, rasuah, gejala sosial yang semakin parah, pergaulan bebas, wanita-wanita yang mengandung tanpa nikah, kelahiran anak tak sah taraf yang semakin hari semakin membarah dalam masyarakat, seks bebas di kalangan anak-anak muda, dadah dan arak.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan kaum hawa di negara ini setelah 60 tahun negara menyambut kemerdekaan.

Oleh itu, beliau yakin, sistem yang ditawarkan Islam adalah ubat dan penawar kepada penyakit da penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi sekarang.

“Semua kita, khususnya rakyat Malaysia, tak kira tua mahupun muda mesti kembali kepada Allah dan melaksanakan syariat-Nya.

“Piliiha raya Umum kali ke-14 sebagai ‘turning point’ kita memilih pemimpin yang benar-benar amanah dan mengutamakan rakyat daripada diri mereka sendiri.

“Ia medan terbaik untuk merealisasikan Terengganu Berkat Maju dan Sejahtera yang mendapat keberkatan dan keredhaan,” jelas beliau.