SUK terima pangkat Pen. Pesuruhjaya Kehormat APM

Komuniti
Typography

SETIAUSAHA Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat baru-baru ini dianugerah pangkat Penolong Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam).

Acara pemakaian pangkat itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya.

Majlis lantikan pegawai dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia tersebut diadakan di Kota Darulnaim.

Azmy berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memilih Mohd Faudzi memegang jawatan itu.

“Dengan pemakaian pangkat terbabit antara tanggungjawabnya menyempurnakan kewajipan yang diamanah sebagaimana tercatat dalam Seksyen 8 (1) Akta Pertahanan Awam 1951 dan Kaedah 26 (2) Kaedah Kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970,” katanya di Kota Bharu.

Mohd Faudzi melahirkan rasa syukur di atas pemilihan tersebut dan berazam

meningkatkan lagi prestasi gerak kerja yang lebih mantap APM dengan kerajaan negeri.

“Saya mengucapkan terima kasih banyak di atas kepercayaan dan pelantikan ini,” ujarnya.

Katanya juga gerak kerja bersepadu akan terus diadakan untuk membantu penduduk yang ditimpa bencana. – HARAKAHDAILY 30/8/2017