PAS terus bina hubungan dengan kaum Tionghua

Komuniti
Typography

PAS Kawasan Batu Sapi meneruskan siri ziarah penerangan di Kampung Cecily.

Ziarah yang disertai Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain bersama Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi itu bertujuan untuk membina hubungan dengan kaum Tionghua sekali gus memberi penerangan berkaitan isu politik semasa yang berlaku di negara kita.

Penduduk Kampung Cecily yang rata-ratanya kaum Tionghua merasa senang dan menerima baik kedatangan PAS bagi memberi penjelasan tentang isu politik yang berlaku di Sabah dan Malaysia hari ini.

"Apa yang diwar-warkan oleh parti lawan sebelum ini berkenaan PAS akan kehilangan undi dari kaum Tionghua adalah sama sekali tidak benar.

"Saya menyaksikan sendiri bagaimana penerimaan orang kampung terhadap PAS dan menerima apa yang kami terangkan kepada mereka," kata Ramlan.

PAS meletakkan satu harapan besar bagi meraih undi dari kaum Tionghua di Kampung Cecily yang pasti akan memberi kesan baik kepada senario politik di kawasan Parlimen Batu Sapi.