Tabung IKS bantu usahawan wanita

Komuniti
Typography

MENGAMBIL kira minat ramai golongan wanita di negeri ini dalam bidang perniagaan, kerajaan negeri mewujudkan Tabung Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Usahawan Wanita.

IKS Usahawan Wanita diwujudkan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita di mana diperuntukannya diagih kepada setiap Dun.

Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar berkata, skim bantuan tersebut diwujudkan bagi membantu wanita yang berminat dalam bidang perniagaan.

Katanya, di Dun Kijang seramai 13 pengusaha IKS diberi bantuan peralatan usahawan tahun ini bagi meningkatkan kerjaya mereka.

“Tabung itu diwujudkan sejak tahun lalu bagi membantu usahawan kecil di kampung-kampung memperkembang lagi perniagaan mereka,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan di pejabat Dun Kijang hari ini. - HARAKAHDAILY 23/8/2017