Majlis Makan Malam Amal Media 25 Ogos

Komuniti
Typography

MAJLIS Makan Malam Amal Media anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang merupakan acara tetap dalam kalendar tahunan KAMI telah memasuki tahun ketiga diadakan.

Pengerusi KAMI, Dr Azman Ibrahim berkata, di samping diadakan dengan objektif untuk mengumpulkan dana bagi membiayai tugasan jihad media sepanjang tahun, majlis itu juga merupakan medan pertemuan petugas media dari pelbagai ceruk lapangan dalam satu acara tahunan bagi merapatkan ukhuwwah serta mendapatkan arahan dan amanat pimpinan untuk kelangsungan tugas di medan.

Menurutnya, majlis kali yang ketiga itu akan diadakan pada 25 Ogos (Jumaat) di NR Cafe Tok Jembal, Kuala Nerus dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Hussain Awang sebagai tetamu kehormat.

Beliau berkata, beberapa anugerah media dan kewartawanan juga akan diberi kepada petugas-petugas media terpilih dalam beberapa kategori.

"Pihak KAMI juga membuka ruang kepada para dermawan untuk bersama menyumbang untuk kita bersama memperkukuhkan lagi benteng media Islam yang diperjuangkan KAMI," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 19/8/2017