Aidulfitri kukuhkan hubungan pelbagai bangsa

Komuniti
Typography

SUASANA harmoni dengan sambutan pelbagai kaum menghiasa Majis Rumah Terbuka PAS Perak di Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, 16 Julai lalu.

Kehadiran yang dianggarkan sekitar 15 ribu pengunjung tersebut menjadi menanda aras penerimaan rakyat kepada PAS bahkan isyarat awal kesungguhan PAS Perak untuk mentadbir Perak selepas PRU akan datang.

Majlis itu diserikan dengan hidangan yang merangkumi selera tradisional dan moden serta makanan istimewa masyarakat banjar.

Menurut Pengarahnya, Ustaz Mohd Zawawi berkata, sambutan yang diterima begitu baik dan kerjasama diberikan oleh petugas juga tidak menghampakan.

Katanya, turut bersama dalam sambutan itu pimpinan masyarakat setempat seperti Ketua Kampung dari pelbagai latar, begitu juga bengsa lain yang tidak ketinggalan bersama mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan, penajaan, membantu menyalurkan bantuan dalam berbagai bentuk demi memastikan program berjalan dengan lancar.

Pimpinan PAS Pusat juga hadir bersama antaranya, Naib Presiden PAS; Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat; Dr Zuhdi Marzuki, Exco Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Azam Samad serta beberapa pimpinan PAS Perak.

Persembahan istimewa Daie Buskers berjaya menceriakan suasana majlis dengan hiburan berunsurkan Islam disamping mesej-mesej kemanusiaan yang diselitkan dalam persembahan mereka. – HARAKAHDAILY 18/7/2017

RayaPer 1