Dapat geran kekal setelah menunggu lebih 30 tahun

Komuniti
Typography

PENANTIAN lebih 30 tahun peneroka di Kampung Seri Aman nyata berbaloi apabila mereka akhirnya menerima geran tanah kekal.

Adun Seri Serdang, Noorhanim Ismail berkata, 45 peneroka dan pemilik terdahulu diberi kebenaran pendudukan sementara (TOL), sebelum masing-masing menerima geran sementara.

Katanya, kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Petaling mengeluarkan geran kekal kepada pemilik selepas beberapa siri perbincangan, lapor SelangorKini.

“Hari raya ini adalah hari kejayaan kepada peneroka ini kerana menerima geran kekal masing-masing.

“Saya faham kesukaran timbul apabila tidak mempunyai geran kekal kerana banyak kemungkinan boleh berlaku,” katanya dalam satu majlis penyerahan geran itu, baru-baru ini.

Beliau berkata, lebih 200 peneroka di kampung itu membuat permohonan secara berperingkat sejak 2008.

Bagaimanapun, katanya, baki selebihnya akan menerima geran kekal selepas proses dan prosedur tertentu diperolehi.

“Kita akan usahakan selebihnya secara berperingkat kerana masih wujud isu tanah bertindih dan sebagainya,” katanya.