Sidebar

23
Sat, Sep

Sokong PAS untuk kembalikan kebajikan rakyat

Komuniti
Typography

RAKYAT Terengganu digesa agar terus menyokong perjuangan dan mengundi PAS untuk mengembalikan semula kebajikan kepada rakyat.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun Samsuddin berkata, PAS berjuang untuk mengembalikan semula amanah kepada orang yang lebih layak.

“Kita lihat pada hari ini banyak benda sangatlah sekarang orang kata ‘koho lok koho punoh’ (makin biar makin rosak), walaupun sedikit (kerosakan) 'koho lok koho punoh' sikit, sikit.

“Kita ingat bila timbul pentadbiran baru, maka rakyat negeri Terengganu ini akan rasalah kebajikan negeri tapi tidak, ia (kerajaan) lebih utamakan jugak dari segi ekonomi, projek-projek yang tidak boleh menguntungkan rakyat jelata," ujarnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sambutan Aidilfitri PAS Dun Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.

Turut hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak,  Bendahari Muslimat PAS Malaysia, Dr Che Faridah dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Jefri Chua.

rayast