Sidebar

25
Mon, Sep

Sekolah Rendah Islam (Dar) berwibawa

Komuniti
Typography

SEKOLAH Rendah Islam (Dar) di bawah selian Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu yang wujud sejak lebih 20 tahun lalu terbukti berwibawa.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang, ia telah diiktiraf oleh  semua golongan masyarakat.

“Di kalangan ahli-ahli kita memberi sanjungan dan penghormatan yang begitu tinggi kepada sekolah Dar ini baik dari sudut pengisian atau pun dari sudut bagaimana pendidikan dan tarbiah, pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di peringkat sekolah.

“Ini juga dari sudut membina dan membentuk syakhsiyyah anak-anak. Ini telah diperakui di peringkat dalaman dan luaran,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Dar AttaqwaBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Hari Guru Madrasah Dar Negeri Terengganu di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, kelmarin. (Foto: Madrasah Dar At-Taqwa Batu Enam)

Namun katanya, pihak lawan PAS terutama pendukung kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sering kali menggembar-gemburkan perkara yang negatif.

“Cuma pihak kerajaan (Barisan Nasional) atau pihak yang menjadi lawan kita tidak mencari sesuatu yang baik-baik dan sebaliknya dicari sesuatu yang tidak baik, yang negatif untuk diwar-warkan, itu (negatif) yang digembar-gemburkan. Dia mencari dari sudut kelemahan dan kekurangan yang berlaku.

“Kita akui kelemahan dan kekurangan kita dalam menguruskan institusi pendidikan ini dari sudut dana dan kewangannya untuk mengurus. Imbuhan (gaji) guru-guru mungkin tidak setimpal dengan tugas dan pengorbanan mereka,” jelasnya lagi.