23
Fri, Jun

Hijau fm, Harap TV lancar program sulung

Komuniti
Typography

Radio internet PAS, Hijau.fm melebarkan sayap baru ke Terengganu apabila berjaya menyiarkan program sulung ‘Suara Dari Terengganu’.

Siaran rancangan ini yang boleh didengar menerusi laman web Hijau.fm atau melalui aplikasi android dan iTune mencatat jumlah pendengar yang mengujakan.

Menariknya, walaupun Hijaufm@Terengganu baru sahaja ditubuhkan dua hari sebelum itu, rancangan Suara Dari Terengganu berjaya disiarkan secara langsung, ke udara dengan tagline ‘Terengganu di hatiku; cantik di mata indah di jiwa’. Hijaufm@Terengganu mendapat kerjasama padu daripada HarapTV, sebuah program TV internet di bawah kelolaan Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Menerusi kerjasama ini rancangan berjaya disiarkan serentak menerusi Facebook HarapTV dan Radio Hijau.fm yang boleh mencapai pendengar dari pelbagai rentas benua.

Suara Dari Terengganu siri pertama ini menampilkan sesi temuramah bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkenaan persediaan Dewan Pemuda PAS menghadapi bahang Pilihanraya Umum ke-14.

Beliau turut menekankan potensi golongan muda di dalam mendukung kejayaan perjuangan organisasi dan menyeru anak-anak muda  bersikap berani bagi memilih parti yang mengangkat Islam sebagai penyelesai segala kemelut manusia.

Turut ditonjolkan di dalam rancangan Suara Dari Terengganu adalah slot Tinjau Teganu kita yang dekelolakan oleh DJ Syamila Najman yang bertindak selaku penerbit dan juga penyampai.

Ia mengetengahkan keistimewaan yang terdapat di Negeri Terengganu, antaranya adalah kawasan tarikan pelancongan, pusat-pusat pengajian yang pelbagai di negeri ini sedari universiti awam hinggalah ke pusat-pusat pemulihan dadah yang menggunakan kaedah rawatan berasaskan tasauf.

Penubuhan Hijaufm@Terengganu di dalam menyeimbangkan peranan media yang rata-ratanya berpihak, dan untuk memantapkan demokrasi dari sudut menyampaikan maklumat yang cerdik, sahih, tepat dan pantas bagi membantu warga membuat pertimbangan tepat.

Suara Dari Terengganu bakal mengetengahkan diskusi-diskusi sarat ilmu yang bukan sahaja berkisarkan politik, bahkan seluruh aspek jagat seperti kesihatan, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi, keselamatan dan sebagainya dengan mengambil aura penubuhan pasukan Hijaufm@Terengganu pada tarikh Nuzul al-Quran 1438H, kitab panduan agung yang syumul.

Hijau fm berharap rancangan Suara Dari Terengganu dapat meneruskan siaran mengikut jadual, iaitu setiap Rabu jam 2.30 petang, dengan siaran ulangannya pada Khamis jam 2.30 petang.

Hijau fm mengajak anak-anak Terengganu menyertai pasukan Hijaufm@Terengganu dengan menghantarkan resume beserta gambar ke email syamilanajman@pas.org.my. Kader-kader DJ, iaitu singkatan bagi Daie Jemaah akan dilatih dari semasa ke semasa.

Hijau fm mengajak anak-anak Terengganu menyertai pasukan Hijaufm@Terengganu dengan menghantarkan resume beserta gambar ke email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Kader-kader DJ, iaitu singkatan bagi Daie Jemaah akan dilatih dari semasa ke semasa.