Ziarah dan usrah ikat mesra sesama ahli Muslimat

Komuniti
Typography
TANJONG  KARANG: Muslimat PAS Cawangan Jalan Bomba telah melaksanakan aktiviti ziarah dan usrah yang dilangsungkan di Taman Seri Setia, Jalan Bomba, di sini kelmarin.
 
Usrah kali ini telah diadakan di kediaman ahli, Siti Salbiah Abdul Ghani selaku tuan rumah, sekali gus sebagai ziarah ke atasnya yang beransur pulih dari rehat akibat kemalangan jalan raya dialami.
 
Aktiviti Muslimat PAS Jalan Bomba ini telah dipimpin oleh Naqibah Cawangan, Ustazah Mustazzilla Mustakhim dengan dihadiri 10 ahli Muslimat PAS dalam Cawangan ini.
 
Dalam pengisiannya, Ustazah Mustazzilla mengingatkan kepentingan niat dalam setiap perkara dilakukan, selain menasihati ahli agar terus bersama Kepimpinan Ulamak.
 
Beliau juga melahirkan harapan agara semua ahli Muslimat istiqamah dengan usrah dan aktiviti dilaksanakan pihak PAS Cawangan ke arah melahirkan diri yang sufi dan haraki. - HARAKAHDAILY 24/7/2019