PAS Perak siap siaga kuasai medan media 'online'

Komuniti
Typography
IPOH: PAS Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Penguasaan Media 'Online' yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak, di sini hari ini.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib menyeru peserta supaya menguasai media baharu ini untuk menaikkan imej parti.
 
Pesannya juga, supaya media baharu itu digunakan untuk menarik lebih ramai rakyat bersama perjuangan menegakkan Islam di negara ini.
 
Program anjuran Jabatan Teknologi Maklumat (IT) PAS Perak itu telah disampaikan oleh Pegawai Jabatan IT PAS Pusat, Mohd Fakhrurazzi Mahmood.
 
Pengarah Jabatan IT PAS Perak, Badrul Azmi Mokhtar mensasarkan platform media sedia ada akan diaktifkan dengan lebih berstrategi dan sistematik.
 
Manakala Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri berharap pendedahan bengkel ini juga menjadi pemangkin mendekati pengundi 18 tahun terutamanya. - HARAKAHDAILY 14/7/2019