Ameerah Beruas dekati masyarakat Pantai Remis

Komuniti
Typography
BERUAS: Ameerah Kawasan Beruas telah mengadakan edaran bubur lambuk kepada masyarakat awam di Bazar Ramadan, Pantai Remis, di sini semalam.
 
Terdahulu, anggota Ameerah dibantu pimpinan PAS Beruas dan Muslimat PAS Beruas bergotong-royong menyedia dan memasak bubur lambuk tersebut di Surau Batu 36, Jalan Setiawan.
 
Program dipimpin Ketua Ameerah Beruas, Nazirah Abdul Nasir itu bertujuan mengimarahkan Ramadan, disamping mengeratkan silaturahim antara pihak Ameerah dan masyarakat setempat.
 
Lebih 150 bekas bubur lambuk dapat disedia dan diedarkan di mana kunjungan turut dilakukan ke agensi kerajaan antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis.
 
Hadir sama menyatakan sokongan dan memeriahkan majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Muslimat PAS Beruas, Ustazah Naeimah Muhammad. - HARAKAHDAILY 31/5/2019
20190531 215636