PAS Jalan Baru santuni rintihan hidup penduduk

Komuniti
Typography
PERMATANG PAUH: PAS Cawangan Jalan Baru telah mengadakan Majlis Sumbangan Aidil Fitri yang dilangsungkan di PASTI As-Syakirin, Taman Pauh, di sini kelmarin.
 
Program dipimpin Ketua PAS Jalan Baru, Ustaz Mansor Che Dan ini bertujuan meringankan beban atas keprihatinan terhadap golongan memerlukan menjelang Syawal tidak lama lagi.
 
Para penerima adalah dalam kalangan asnaf terdiri dari ibu tunggal, hilang keupayaan bekerja, berpendapatan rendah dan tanggungan tinggi, juga Orang Kelainan Upaya (OKU).
 
Mereka diraikan Ahli Jawatankuasa PAS Jalan Baru termasuk Pemuda dan Muslimat serta pihak PASTI di mana majlis disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan.
 
Ustaz Mansor pula dalam ucapannya berharap agenda kebajikan sedemikian dapat diteruskan serta disampaikan kepada lebih ramai penerima yang memerlukan bantuan. - HARAKAHDAILY 28/5/2019