29
Mon, May

Perginya sebutir permata jemaah

Presiden
Typography

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan rasa sedih dan pilu atas pemergian buat selama-lamanya, Prof. Dr. Mohd Khazani Abdullah, Pengarah Institut Strategi PAS.

PAS mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan sahabat yang mengenalinya, semoga diberikan kesabaran dan ketabahan.  

Saya menyeru seluruh ahli PAS agar sama-sama mendoakan kebaikan dan kebahagiaannya di alam sana. Jasa dan pengorbanan almarhum akan terus dikenang oleh ahli-ahli PAS.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 23 Syaaban 1438 / 20 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 20/5/2017