Jabatan Amal bantu SAR mangsa lemas

Berita
Typography
KUANTAN: Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang telah menyertai usaha mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang terjatuh di bawa arus Sungai Belat, Jaya Gading di sini sejak semalam.
 
Operasi diketuai pihak Polis itu turut melibatkan pasukan Bomba, Rela dan JKKK Kampung Jaya Gading serta orang kampung sejak petang hari pertama kejadian, kelmarin dahulu.
 
Dengan penglibatan 18 anggota Jabatan Amal itu usaha dilaksanakan pasukan operasi tersebut akhirnya mangsa ditemui oleh orang kampung dan disahkan meninggal dunia dipercayai lemas.
 
Dengan penemuan mayat mangsa, Muhamad Danish Haikal Semar, 11 tahun itu operasi dihentikan sekitar jam 12:45 tengahari tadi dan jenazah di bawa pihak Polis untuk urusan bedah siasat.
 
Mangsa dikatakan bersama tiga rakannya memancing di sungai tersebut dan jatuh setelah kayu yang menjadi tempat duduknya patah, manakala usaha menyelamatkannya oleh penduduk gagal. - HARAKAHDAILY 22/1/2018