Perutusan Maulidur Rasul PAS Sarawak

Nasional
Typography
"Sesungguhnya pada diri (Muhammad) Rasulullah itu terdapat contoh terbaik."
(Al-Ahzab: 21)
 
PAS Sarawak ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Maulid Nabi Muhammad S.A.W buat seluruh ummat Islam di Sarawak
 
Sesungguhnya kita berimah akan Rasul yang di utus bagi menyelamatkan dari kejahilan dan membawa manusia ke jalan kebenaran. Rasul menyampaikan ayat Allah dan mengajarkan kepada kita Al Quran sebagai petunjuk buat manusia. Rasul mendidik manusia dari pada tidak tahu kepada tahu dan mengajarkan kebenaran yang datang dari Allah. 
 
Bukti cinta kita kepada Rasul adalah apabila kita taat kepada Allah dan Rasul melalui segala ajaran yang ditinggalkan kepada kita melalui pewaris mereka iaitu ulama. Serta kita meninggalkan segala larangan yang di suruh oleh Rasul untuk kita jauhi. Juga kita menyambung mata rantai tugas para Rasul dalam menyampaikan Islam walaupun satu ayat. 
 
Islam adalah rahmat buat seluruh manusia tidak kira Islam mahu pun bukan Islam kerana ia adalah agama fitrah dan sejahtera. 
 
Ayuh kita kembali kepada Islam dan bersungguh-sungguh beramal dengan Islam. 
 
Tunaikanlah solat...
Tunaikanlah solat...
Tunaikanlah solat...
 
MUHAMMAD AFIQ MHD KHAZAR
Ketua Penerangan PAS Sarawak - HARAKAHDAILY 1/12/2017