Bajet 2018: Turunkan GST 3 peratus

All
Typography

BADAN Perhubungan PAS Melaka mengharapkan kadar GST akan diturunkan kepada 3 peratus pada pembentangan Bajet 2018 bagi mengurangkan bebanan rakyat.

UKamaruddinMenurut Pesuruhjayanya, Ustaz Kamarudin Sidek bahawa rakyat begitu mengharapkan agar keraajaan menurunkan kadar GST kepada 3 peratus kerana ianya cukup membebankan rakyat.

"Biarpun saya tidak nampak kerajaan mahu memansuhkan GST itu tetapi sekurang-kurangnya kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar tersebut.

"Kerajaan sedia maklum, sejak pelaksanaan GST dua tahun lalu, ianya hanya memberi kesan kenaikan harga barangan yang sekaligus menambah bebanan rakyat.

"Ia belum termasuk kadar kenaikan minyak yang saban minggu semakin meningkat, walaupun harga minyak negara lain meningkat tapi ia dibantu dengan subsidi sekaligus mengimbangi kenaikan tersebut," ujarnya.

Beliau turut meminta kerajaan mengkaji semula polisi pemilikan rumah untuk rakyat kerana harga yang terlalu tinggi menyebabkan rakyat tidak mampu membelinya.

"Meskipun hari ini kerajaan memperkenalkan rumah mampu, PRIMA yang harganya bawah RM150,000 namun kadar tersebut masih tinggi dan tidak mampu dibeli rakyat termasuk yang berpendaapatan RM3,000.

"Syarat yang dikenakan bank-bank untuk memberi pinjaman perumahan juga amatlah ketat sehingga ramai di kalangan rakyat yang tidak berkelayakan," jelasnya.- HARAKAHDAILY 27/10/2017