Ucapan terima kasih sempena jamuan Idulfitri PAS Pusat

Pimpinan
Typography

UCAPAN TERIMA KASIH SEMPENA PROGRAM JAMUAN EIDUL FITRI PAS PUSAT DI NEGERI PAHANG

Puji dan syukur dipanjatkan ke hadhrat Ilahi di atas nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga ditujukan kepada junjungan Rasulullah saw, juga ke atas kaum keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang beriman dan beramal soleh di sepanjang zaman.

us rosliPAS Pahang telah diberikan amanah oleh PAS Pusat untuk menjadi tuan rumah bagi mengendalikan jamuan eidul fitri 1438H yang telah berlangsung semalam, bagi PAS Pahang keyakinan PAS Pusat terhadap PAS Negeri Pahang untuk menjadi tuan rumah adalah merupakan satu penghargaan yang begitu besar.

PAS Pahang mengucap jutaan terima kasih atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami, sekali gus ianya memberikan keyakinan kepada kami untuk bersedia menjadi penganjur program yang lebih besar, sehingga ke peringkat Asean atau dunia sekalipun, pengalaman menjadi tuan rumah eidul fitri begitu berharga bagi kami.

Dengan ini PAS Pahang juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut, seluruh AJK PAS Pusat, PAS Negeri-negeri, dewan-dewan, seluruh anggota BPPNP, tuan rumah iaitu PAS Kuala Krau dan Temerloh, PAS Kawasan-kawasan, DUPP, DPPP, DMPP, DHPP, JABATAN AMAL, PASTI, ARC, AMEERAH, para bentara, dan seluruh mereka yang terlibat, maaf jika terlepas pandang tidak disebutkan di sini.

PAS Pahang juga mengucapkan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang tidak putus-putis sehingga berakhir program dengan jangkaan kehadiran lebih 10k, dari pelbagai bangsa dan agama yang datang dari segenap pelosok negara dan seluruh pelosok Negeri Tok Gajah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih dengan kehadiran pimpinan dari IKATAN, PPBM, PKR, UMNO dan pimpinan NGO-NGO untuk memeriahkan majlis kami.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, Insya Allah dengan suntikan semangat perjuangan yang ditiupkan melalui ibrah di sebalik Ramadhan yang penuh dengan peristiwa kemenangan ini, PAS Pahang akan mengorak langkah yang lebih luas dan gagah untuk berhadapan dengan fenomena politik Malaysia bagi merealisasikan tema perjuangan PAS Pahang iaitu "PAS TERAJU PAHANG".

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG
ADUN TANJUNG LUMPUR - HARAKAHDAILY 9/7/2017