Jho Low pulang bila kucing bertanduk

Kolumnis
Typography

SATU seruan yang tidak bererti apa-apa minta Jho Low balik bagi menjelaskan tohmah melarikan duit negara dari 1MDB berbilion ringgit.

Antara yang menyeru itu bekas Perdana Menteri Najib. Yang lain membuat cabaran antaranya menteri-menteri kanan sekarang dan pembesar dalam kerajaan lama.

Saranan mereka, elok peniaga pulang jawab apa yang ditohmah itu.

Semua seruan dan cabaran itu, kita tahu tidak akan dilayan dibedebah itu. Ia tidak lebih dari cakap yang tidak akan memberi apa-apa kesan.

Jho Low tentu bangga bila dia disebut ahli perniagaan. Ia tidak layak disebut sedemikian. Bahasa yang sesuai baginya seperti yang Perdana Mahathir pernah guna kepada Soros iaitu penyangak.

Kegiatannya bagi mendapat dana di mana-mana bukan untuk berniaga tetapi selayaknya merompak.

Mana perompak dan penyangak di dunia secara sukarela menyerah diri bagi memberi keterangan terhadap tohmah ke atasnya. Tiada yang dinamakah penyangak itu ada dalam pemikirannya untuk ke mahkamah baik didakwa atau untuk menjadi saksi.

Melainkan dia mesti diburu. Menyerunya balik sendiri sama seperti menunggu kucing bertanduk. Satu penantian yang tidak akan terjadi. Kesnya hanya menggunakan saluran peraturan dunia, minta kerjasama polis dunia dan semua negara menangkapnya dan menghantarnya pulang seperti merampas lancang di perairan Indonesia dan dengan kerjasama Indonesia bahtera mewah itu diserahkan kepada Malaysia.

Itu saja cara jika kerajaan-kerajaan di dunia sedia memberi kerjasama. Tunggulah dan bersabarlah mungkin mengambil masa 30 atau 40 tahun. Atau tidak akan ditemu langsung.

Dia dikehendaki bukan sekadar menjadi saksi tetapi untuk didakwa. Mana penyangak sedia menyerah diri kecuali tawaran pengampunan.

Apa yang memungkin dia pulang? Justeru ibu bapa dan keluarga tercinta. Rindu terhadap keluar sekarang boleh diatasi dengan berbagai kemudahan teknologi dengan kepintaran boleh merompak berbilion dari kerajaan tentu dia boleh larikan mereka keluar jika dia mahu. Dipercayai dia banyak kaki. Dia gunakan kakinya untuk larikan berbilon, dia boleh buat sama jika ibu bapanya tidak menyulitkan dari buruan.

Dia bukan ada sebarang kedudukan penting dalam negeri demi menjaga nama baik dan kedudukan. Dengan rompakan dari serta dunia dia boleh berada di mana-mana. Tidak ada yang dirasakan perlu untuk balik dan tinggal di sini. Dia ada dan dia tidak ada tidak memberi kesan pada orang lain.

Berbeza dengan orang berkedudukan seperti Najib. Dengan kedudukannya dia tidak lepas sepenuhnya atas sebarang kejadian. Ben Ali, Presiden Tunisia yang diguling sempat lari bersama isterinya. Pernah ada kedudukan, tetapi tidak merasa perlu pulang bagi memberi keterangan.

Orang yang ada kedudukan seperti PM Najib dulu, tidak merasa perlu untuk memberi keterangan atas segala yang didesusnya semasa berkuasa dulu, maka yang mungkin Jho Low peka dalam tiada apa kedudukan untuk membuat penjelasan sukarela.

Jika Rosmah yang dkatakan menyimpan berkotak-kotak permata dan barang berharga tidak diyakini sedia memberi penjelasan sukarela, maka jangan fikir Jho Low ada tanggungjawab untuk menghadapi siasatan.

Jho Low ada dalam perhatian Amerika atas perlanggaran undang-undang. Mengapa Amerika lepaskan dia keluar Amerika. Sepatutya Amerika sekat dia dari keluar kerana dia banyak harta dan kepentingan di sana. Jika dia boleh tinggalkan Amerika, apa perlu sedia menghadapi siasatan di Malaysia?

Jangan harap dia pulang sendiri. Buru saja hingga 50 tahun lagi! – HARAKAHDAILY 24/8/2018