BN sudah mati?

Kolumnis
Typography

MCA ternyata lebih berani daripada Umno.

Menjelang PRK Sungai Kandis sebulan lalu ada suara daripada Umno untuk menggunakan lambing ssendiri. Bukan dacing yang BN guna sejak 30 tahun lalu.

Agaknya tentulah keris telanjang. Suatu yang menggerunkan pengundi bukan Melayu.

Tetapi MCA lebih berani dari Umno. Untuk PRK Balakong pada 8 September ini ia mencadangkan mengguna lambangnya sendiri.

Kata Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan, jika ada PRK di kawasan yang diwakili oleh MIC, maka MIC juga tidak dihalang menggunakan lambang sendiri.

Pemimpin Umno tidak mengaku perkembangan pada MCA sebagai satu perpecahan Barisan Nasional.

Macam penyatuan bangsa Indonesia. Bhinneka Tunggal Ika tinggal ika. Nampak berpecah tapi bersatu, atau jangan bersatu tapi nampak berpecah.

Jika sepanjang lima tahun akan datang kerabat BN di Semenanjung tidak lagi menggunakan lambing dacing dalam pilihan raya kecil, maka bagaimana pula dalam PRU15 nanti?

Adakah setiap kerabat BN itu jadi seperti PAS dalam PRU14 dulu bersendirian? Umno bertanding sendiri, MCA sendiri dan MIC sendiri. Masing-masing dengan lambangnya, tetapi mereka sebagai tanda kerjasama tidak bertanding sama sendiri.

Jika ini yang berlaku, tidak dapat dijamin kerabat BN itu akan bekerja untuk parti rakannya dan tiada pula jaminan penyokong Umno tidak meletak calon di kawasan yang diberi kepada MCA dan MIC peratus mengundi Melayunya majoriti.

Sebelumnya tidak ada kawasan yang bermajoriti India. MIC dicalonkan di kawasan bermajoriti Melayu. Banyak calon MCA menang di kawasan Umno.

Untuk mengatakan BN berpecah, Umno mungkin tidak mengaku. Adapun yang dikatakan berpecah itu adalah atas benda yang ada atau benda yang hidup. Macam Umno dulu ada tim A dan tim B. Umno ada, satu A dan satu lagi B.

Bagi BN A tak ada, B pun tak ada. Ia sudah seperti tidak ada. Benda yang tidak ada dan benda yang sudah mati, macam mana hendak dikatakan berpecah.

Bila Timbalan Presiden kata BN tidak berpecah, mungkin dia merujuk pada benda yang sudah tidak atau sudah mati.

Dan hakikatnya bila MCA tidak mahu menggunakan lambang BN lagi, bererti ia sudah lebih separuh tidak bersama BN lagi. Dan komponen BN pula tidak buat sebarang bantahan tidak menggunakan lambing BN. Untuk PRK menjelang PRU15, BN sudah tidak menguatkan disiplin lagi. Dan tanda Barisan Nasional sudah mati.

Akan tetapi MCA belum mati. Sepatutnya ia sudah mati. Kerana ada MP tunggal saja dalam BN. Jika tiada PRK Balakong, orang tidak tahu MCA masih hidup. Hidupnya tidak lagi sebagai BN.

Sepanjan sejarah pilihan raya sejak tahun 1955, MCA belum pernah beranding atas lambangnya sendiri. TIdak diyakini ia boleh hidup lepas PRK Balakong ini. Jka ia mati, ia mati selepas BN mati dulu.

Umno belum mati. Mana-mana PRK yang PAS tidak bertanding, jika Umno bertanding, tandanya ia masih hidup. Jka ia tidak bertanding lagi, tanda ia juga seperti mati.

Dulunya Perikatan. Ia diganti Barisan Nasional. Bila BN mati, Umno hendak hidup atas apa? Hidup Umno kini atas sejarahnya. – HARAKAHDAILY 19/8/2018