Tak jadi Islam Nga Kor Ming bersongkok

Kolumnis
Typography

SETIAP kali Nga Kor Ming duduk kerusi Speaker di Dewan Rakyat kepalanya bersongkok. Tidak jadi Islam dan tidak jadi Melayu pun. Tetap dia orang Cina. Tidak sedikit pun luak Cina dan darah Cina yang mengalir dalam tubuhnya.

Kuatnya jiwa Cina Lim Guan Eng, menteri keweangan bukan alang kepalang. Kerana Cina, sebagai pemimpin DAP dia jadi menteri kewangan. Dan kerana Cinanya setakat ini dia jadi Setiausaha Agung DAP. Setakat ini, selepas pengasasnya Devan Niar, Cina saja yang dijadikan Setiausaha Agung partinya.

Dia juga bersongkok mengangkat sumpah menteri di depan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Padahal dalam konteks di Malaysia songkok itu pakaian orang Melayu dan orang Islam. Mengapa elok saja dia bersongkok? Dan tidak jadi Islam pun!

Maka bisinglah di Dewan Rakyat apabila dibangkitkan supaya pramugari menutup aurat. Hendak memaksa orang bukan Islam berpakaian Islam. Ia satu penindasan. Mahu memelayukan orang bukan Melayu dan mahu mengIslamkan orang bukan Islam. Orang bukan Islam, rakyat keturunan Cina dan India didiskriminasi, disekat kebebasannya berpakaian.

Itulah dilema dan tertekannya hati nurani pembesar Islam apabila hendak menyeragamkan pakaian yang dibenarkan Islam bagi warganegaranya.

Pada hal sang nyonya yang bekerja mendulang di lombong-lombong bijih timah di Lembah Kelang dan Lembah Kinta 100 tahun dulu lengkap berpakaian menutup aurat dan pakaian kepalanya bukan sekadar macam berjilbab - berpurdah seperti wanita Islam sekarang - tetapi bermuncung melindungi dahi dan mukanya dari panah matahari dan dari habuk.

Tidak mukanya dilihat ketika mereka berbasikal dari rumah ke lombongnya. Dan semasa mendulang tidak ditanggal pakaian kepadanya. Begitu juga jika mereka menoreh getah. Orang Melayu dan orang Islam ketika itu tidak berpakaian begitu jika bersawah dan berladang. Cina saja. Dan pakaian si nyonya itu adalah menepati dengan kehendak Islam.

Dan perempuan Cina tidak lagi yang berpakaian begitu sejak industri bijih timah dikuburkan bila Mahathir menjadi Perdana Menteri kali pertama dulu.

Sejak wanita Islam rata-rata bertudung, bermula sejurus selepas 13 Mei 1969 dulu menutup aurat bagi wanita menjadi isu. Di pejabat-pejabat, di gedung perniagaan dan di mana-mana tempat pekerjaan cuba diseragamkan bagi kaum wanita sesuai dengan etika berpakaian Islam.

Di zaman sistem jahiliah masih pekat sebelum merdeka dan lebih sedekad selepas merdeka, isteri dan anak-anak tok-tok guru, tok mufti tidak kisah kepalanya bertelanjang. Dan purdah masuk bukan atas peraturan tetap pejabat dan sekolah.

Tetapi setelah bertambah wanita begitu mulalah kerajaan memperatur dan menseragamnya.

Kelantan ditadbir PAS bukan tahun 1970. Sejak tahun 1959 lagi. Tetapi tiada diperaturan kepada cek mek moleknya. Ia sebagai pilihan individu.

Tetapi yang bertudung merata, maka pimpin Tok Guru Nik Aziz seragamkan untuk semua. Tidak dapat diperaturkan kepada bukan Islam. Dikatakan mahu memaksakan Islam kepada bukan Islam. Apa yang dapat dibuat disebutkan berpakaian sopan.

MAS menggantikan MSA selepas Singapura dipisahkan dari Malaysia. MAS memilih seragam kebaya ketat berbelah dari lutut dan betis. Aurat atas leher terdedah. Mari pula sistem penerbangan murah antara lutut dan leher tidak terdedah.

Dibangkitkan PAS di Parlimen. Kementerian tidak dapat etikakan. Pramugari boleh menutup aurat jika syarikat penerbangan tidak menghalang.

Isu sekarang apa hak Islam yang jahiliah dapat beri. Bersongkok buat Kor Ming dan Guan Eng bukan penindasan tetapi ia satu disiplin. - HARAKAHDAILY 15/8/2018