Program umrah pertama Assabiqun

Penulis ketika menggulung ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA Kuantan.

Kolumnis
Typography

PENYOKONG Sidang Assabiqun ditawarkan menyertai umrah pada 5 September ini dengan harga RM5,050 atau kurang 50 ringgit RM6,000 oleh rakan strategik Assabiqun, Darul Mubarak Travel kendalian seorang ahli pimpinan Ulamak PAS Pusat yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Parit.

Pakej program ibadat itu ditawarkan selama 11 hari, empat orang sebilik di Hotel Safwa, beberapa rantai saja dari Masjidil Haram.

Bila program itu pimpinan ulama tentulah ia disertakan dengan panduan ibadat itu dan pencerahan yang diperlukan baik semasa di hotel mahupun dalam gerakan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.

Memang program umrah itu satu dari kegiatan yang dirancang Assabiqun, tetapi kita menunggu pendaftar ahlinya dan dan kemudian merancang bagaimana boleh menghimpun perbelanjaan yang cukup. Mungkin akan mengambil masa.

Ia pernah saya sebutkan pada Tuan Guru Presiden PAS semasa saya berhari raya di kediamannya di Rusila setahun lalu.

Beliau menyokong dan menyebut, elok rundingan perkara itu dengan Ketua PAS Parit yang mengendalikan syarikat pengembaraan perkhidmatan haji dan umrah. Saya ingat pesanannya. Tetapi saya tidak pernah menghubunginya.

Dalam kesibukan Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Kuantan saya terserempak dengannya dan menyebutkan usaha menganjurkan umrah. Dia setuju membincangkannya.

Sepulang dari Kuantan orangnya menghubungi saya memaklumkan, jamaah umrah yang terdekat kendaliannya pada 5 September. Beliau mempelawa para penyokong Assabiqun menyertainya sesuai dengan tawaran perbelanjajan musim itu.

Ia adalah satu kesempatan yang baik bagi penyokong Assabiqun yang cukup persiapan dan persediaan untuk menyertainya dan dengan demikian ukhwah para penyokong Assabiqun dapat dieratkan dan ia jadi permulaan bagi Assabiqun menjadikan umrah sebagai program tetap dan berterusan.

Saya kira agensi pengembaraan ini boleh menjadi rakan strategi Assabiqun dalam kegiatan umrah dan pengembaraan dalam dan luar negeri.

Pengembaraan yang santai adalah antara yang mudah dan selesa disertai oleh kerabat Assabiqun yang rata-rata berusia 55 tahun ke atas yang sudah tidak banyak kegiatan dalam masyarakat disebabkan faktor usia dan kesihatan.

Umrah adalah minat setiap umat Islam. Belum tentu semua berpeluang mengerjakan haji disebabkan giliran menunggu agak panjang. Haji pun biasanya sekali seumur hidup. Akan tetapi umrah boleh diulang beberapa kali selagi ada usia.

Jika Assabiqun dapat menyusun program para jasawan PAS dan masyarakat itu dapat mengumpul belanja dari semasa ke semasa, mereka boleh umrah lebih dari sekali.

Travel ejen dari Perak ini menawarkan peluang terdekat untuk ibadat itu, ia satu tawaran yang baik bagi membantu Assabiqun memulakan program umrahnya. Moga-moga ia permulaan bagi lain-lain pemaju umrah unuk jadi kawan strategi Assabiqun dalam semua kegiatannya.

Saya yakin agensi ini yang ada rekod lama mengendalikan umrah boleh memberi perkhidmatan yang selesa. Dan saya tahu ramai pemimpin PAS memilihnya untuk umrah.

Ia menawar pendahuluan RM500.

Saya cadangkan penyokong Assabiqun yang tertarik boleh menghubungi Setiausaha Assabiqun Ustaz Hadi Halim talian 019 4295 405 atau travel agensi Darul Mubarak Travel and Tours 016 5247001, jangan lupa maklum anda penyokong Assabiqun untuk tawaran harga menarik. – HARAKAHDAILY 27/6/2019