Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

UNIC tak akan berpatah balik!

Nasional
Typography

UNIC sadalah sebuah kumpulan nasyid popular yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Apatah  lagi selepas menjadi juara dalam Gema Gegar Vaganza (GGV) terbitan Astro pertengahan 2017 namanya terus berada dalam kalangan peminat lagu-lagu nasyid dan anak muda hari ini. Dianggotai tiga ahlinya, iaitu Bazli, Fakhrul Razi dan Wan Najdi (Imam Muda Najdi),  dalam tempoh sebulan album 'single' Ainul Mardhiah (versi Gema Gegar Vaganza) 2017 mendapat dua juta tontonan di youtube. "Ini satu pencapaian luar biasa," kata mereka semasa sesi soal jawab dengan Wartawan Harakah, ROY RASUL, 11 Oktober lalu.Ikuti wawancara ringkas bersama mereka.

HARAKAH: Boleh tahu apa pekembangan terkini kumpulan Unic selepas dinobatkan juara GGV?

Unic: Unic melancarkan single Ainul Mardhiah 2017 dan telah menerima dua juta tontonan di youtube hanya dalam tempoh sebulan. Ini satu pencapaian luar biasa untuk lagu genre nasyid untuk dengan dapat sambutan sebegitu rupa.  Selain dari itu Unic melancarkan online contest, 'Unic  Got Starz  Asean' dengan menyasarkan kumpulan-kumpulan sekitar rantau ASEAN..  Ia terbuka juga kepada mereka yang bergerak secara solo.  Maklumat lanjut berkenaan Unic  Got Starz  boleh didapati di laman sosial instagram dan facebook Unic.

Adakah Unic buat album terbaru dan siapa penerbitnya?

Ya, single terbaru daripada Unic dijangka akan keluar pada bulan Oktober ini, lagunya pula dari Omar K.

member login