Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Belajar 'menjadi seorang tua'...

Nasional
Typography

SUATU petang, ketika memandu kereta, menghantar seorang anak ke stesen bas untuk pulang ke asramanya, saya ternampak seorang lelaki tua berpayung berjalan terhuyang-hayang di tepi jalan. Saya kenalnya, dia penduduk sekampung, usianya 80-an.

Saya memberhentikan kereta, mempelawa dia naik. Fikir saya, apa salah menumpangkan beliau, rumahnya dalam laluan perjalanan kami. Dapat juga pahala kerana menyantuni orang tua dan menolongnya.

Dalam kereta, rancak pula orang tua itu bercerita. Katanya, minat beliau sekarang adalah berjalan-jalan. Duduk-duduk saja di rumah terasa bosan, katanya.

“Awak mahu pergi mana?” tanyanya. “Perak, Kuala Lumpur? Saya mahu ikut!” Eh, senangnya dia berkata begitu, nanti kalau keluarganya "report" kehilangannya pada polis, susah saya jadinya.

member login