Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Kebangkitan rakyat tuntut formula penyelesaian Islam

Nasional
Typography

HARI ini istilah “tsunami Melayu” telah mula digunakan oleh beberapa parti politik termasuk para penganalisis serta pengulas politik tempatan bagi meramal dan menggambarkan satu fenomena gegaran politik besar yang bakal berlaku dan melanda negara dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) nanti.

Tsunami menurut istilah geografinya adalah ombak luar biasa dan gelombang besar yang berlaku sehingga melanda kawasan pantai dan darat berpunca daripada gegaran bumi di dasar laut akibat pertembungan kepingan kerak bumi atau plak tetonik sesama sendiri sehingga mencetuskan gelombang tekanan besar.

Tsunami politik yang dimaksudkan di sini tidaklah membawa kemusnahan dan kerosakan kepada negara dan rakyat sebaliknya ia merujuk kepada gelombang perubahan politik besar-besaran akibat perubahan pola pengundian satu kelompok atau segmen pengundi dalam satu-satu pilihan raya sehingga merubah landskap politik negara yang berkenaan.

member login