Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Ancaman krisis air rumitkan masalah Asia Barat

Nasional
Typography

RANTAU Asia Barat dan Afrika Utara telah pun menjadi rantau yang mengalami masalah bekalan air yang tidak mencukupi. Rantau tersebut bagaimanapun akan berhadapan dengan krisis yang akan menjadi lebih meruncing lagi bagi dekad-dekad mendatang.

Sesebuah negara dikategorikan sebagai mengalami masalah bekalan air yang tidak mencukupi sekiranya ia tidak mampu untuk memberikan bekalan minima yang diperlukan bagi memenuhi keperluan asas penduduknya. Jumlah minimum yang telah ditetapkan Bank Dunia adalah sebanyak 1,700 meter padu air bagi setiap orang dalam masa setahun.

Rantau tersebut yang meliputi 22 negara-negara Liga Arab, Turki dan Iran juga menerima jumlah hujan yang sangat rendah pada setiap tahun. Kebanyakan negara tersebut hanya menerima 600 mm hujan setiap tahun dan oleh itu ia dikira sebagai rantau yang tandus.

Terdapat beberapa sebab mengapa krisis bekalan air di rantau tersebut akan menjadi lebih buruk. Antara sebab-sebab utama adalah jumlah penduduk yang semakin meningkat, pengairan bagi industri pertanian dan kesan-kesan akibat perubahan iklim.

Rantau tersebut mempunyai jumlah penduduk sekitar 300 juta dan jumlah ini dijangka bertambah menjadi 600 juta menjelang tahun 2050. Mereka akan terpaksa pula berhadapan dengan ancaman-ancaman perubahan iklim.

member login