Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Konsep dari rakyat untuk rakyat

Nasional
Typography

APA respons mereka?

Agak menarik sebagaimana saya sebut dalam kenyataan media yang saya keluarkan itu dilihat tidak sampai 24 jam selepas kita lancarkan bagi mendapat pandangan capaian terhadap pengiklan untuk mendapat pandangan.

Kita mendapat pandangan daripada pelbagai pihak terutamanya orang muda. Ini kerana orang muda paling ramai menggunakan media baharu. Dalam tempoh 24 jam lebih 60 pandangan dikemukakan. Pandangan mereka dalam pelbagai aspek itu sangat menarik

Jadi kita akan ambil sebagai suatu asas untuk membina manifesto PAS nanti. Kemudian Insya-Allah selepas siapkan semua kita akan menjemput tokoh-tokoh, pakar-pakar,  pemikir  dalam beberapa bidang untuk dinilai manifesto tersebut dan kita akan bentang dan membuat penilaian. Adakah betul atau tidak dengan masalah negara yang berlaku sekarang. Jadi kita ada empat peringkat dan ia menunjukkan manifesto PAS bukan hasrat dari PAS tetapi hasrat rakyat yang kita sesuaikan dengan dasar-dasar Islam yaang PAS perjuangkan.

Itu dari segi pembinaan dan bagaimana kita membina manifesto. Fokusnya kita menawarkan yang rakyat mahu bukan menawarkan sesuatu yang parti fikir perlu.

member login