Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Manifesto PAS menjurus kebajikan rakyat - Dr Zuhdi

Nasional
Typography

DALAM menawarkan manifesto PRU14 nanti  PAS memilih pendekatan membawa agenda 'dari rakyat untuk rakyat'. Perkara ini dijelaskan oleh  Pengarah Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam satu wawancara dengan Wartawan Kanan Harakah, ROY RASUL bersama jurugambar FIKRY  MOHD YUSOF di pejabatnya,  Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), 28 September lalu.

HARAKAH: Assalamualaikum wbt. BOleh Dr jelaskan bagaimana persiapan PAS dalam merangka dan menyediakan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU)14?

DR MOHD ZUHDI MARZUKI: Terima kasih kepada Harakah kerana sudi mewawancara saya. Sebelum itu boleh saya perkenalkan dahulu manifesto PAS. Sebagaimana semua pihak maklum PAS sekarang ini di peringkat membina keyakinan rakyat. Ia selaras dengan kemampuan PAS untuk menerajui negara dan memberi kebaikan kepada rakyat melalui agenda-agenda Islam dalam pemerintahannya . Ini rentetan selepas PAS memutuskan hubungan tahalufsiasi dengan DAP dan PKR.

Sekarang ini PAS di peringkat membina keyakinan rakyat sebabnya parti ini mendapat semula semula sokongan pengundi-pengundi teras. Sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU)13 pengundi teras PAS  iaitu orangMelayu ramai yang lari daripada PAS disebabkan PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat khususnya DAP. PAS sudah mendapat semula sokongan pengundi teras dan PAS masih mengekalkan pengundi-pengundi bukan Islam melalui organisasi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Mereka yang memberi sokongan kepada PAS dan mahu melihat apa yang PAS hendak bawa. Sekarang ini PAS sedang membina keyakinan rakyat terhadap PAS dan Gagasan Sejahtera secara umumnya.

member login