Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Apa motif Turki berbaik dengan Iran?

Nasional
Typography

TURKI dan Iran telah melalui sejarah hubungan yang panjang, sejak zaman empayar, ke era moden merentasi beberapa fasa, hingga ke masa kini, masa yang menyaksikan perubahan-perubahan besar dalam politik serantau kawasan meliputi Turki yang bersempadan Eropah hingga ke Iran bersempadan Asia Tengah.

turki iran milTurki dan Parsi mempunyai banyak persamaan dan perbezaan, dan masing-masing mempunyai sejarah yang kukuh sebagai bangsa dan kelompok etnik dan bahasa di seluruh rantau Asia Barat, Asia Tengah dan kawasan sekitarnya.

Dalam era negara bangsa, Turki dan Iran pernah berperanan sebagai sekutu rapat kuasa besar Amerika Syarikat di dunia Islam, memegang peranan sebagai negara yang memastikan kehadiran dan pengaruh AS di rantau Asia Barat dapat dikekalkan.

Hari ini, Turki dan Iran berada pada satu fasa yang mencabar dalam menguruskan hubungan dengan pelbagai faktor sama ada negara dan bukan negara di rantau Asia Barat, pada masa satu perubahan melibatkan pengukuhan dan kemerosotan kuasa sedang berlaku, disertai dengan pengukuhan aliansi antara kuasa-kuasa serantau.

member login