Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Akibat mabuk cinta pada DAP & Tun M

Nasional
Typography

TERASA lucu membaca tulisan Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menjawab tulisan Ustaz Nik Abduh. Dalam pada Ustaz Nik Abduh menyatakan bahawa parti Dr Mujahid telah 'mabuk' kerana mengiakan sahaja pendirian DAP tanpa sebarang bantahan, Dr Mujahid membalas secara tersirat bahawa PAS lah yang sedang mabuk kerana tunduk kepada UMNO.

Tidak terbacakah Dr Mujahid tulisan-tulisan pendirian PAS berhubung betapa lemahnya urustadbir kerajaan Barisan Nasional hari ini? Atau tidak mendengarkah ucapan-ucapan pimpinan PAS lewat setahun dua ini berhubung betapa perlunya UMNO ditewaskan dan diberikan undi kepada PAS?. 

member login