Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Rumah besar tiang sebatang, dalam kubur terbaring seorang...

Muhasabah
Typography

RUMAH kecil tiang seribu, rumah besar tiang sebatang, semasa kecil ditimang ibu, sudah besar ditimang gelombang... pada usia senja sekarang ini teringat saya akan pantun atau ungkapan orang bijaksana ini.

Perkataan 'bijaksana' itu pun membayangkan betapa ke depannya orang Melayu yang bahasanya sekarang ini diperkotak-katikkan sesetengah pihak kononnya bahasa Melayu tidak layak menjadi pengantar di sekolah lantas mereka mahu menggembalikan sekolah aliran Inggeris.

Perhatikanlah bahawa orang Melayu tidak hanya bercakap mengenai 'bijaksini' tetapi 'bijaksana' bagi membayangkan betapa prihatinnya mereka terhadap nasib mereka di akhirat nanti. Ini juga bermakna bahasa Melayu amat berkait rapat dengan Islam; hakikatnya Islamlah yang telah mengukuhkan bahasa Melayu sehingga menjadi lingua franca alam sebelah sini (Nusantara).

member login