26
Sun, May
21 Artikel Baru

Makin ramai lahir ‘Salman Rusdie’

Berita
Typography

SUNGAI PETANI: Era kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) walau pun belum genap setahun namun sudah lahir ramai ‘Salman Rusdie’.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, orang bukan Islam dilihat semakin berani menyentuh isu-isu sensitif termasuk menghina Islam, Nabi Muhammad SAW dan orang Melayu.

Katanya, golongan berkenaan terbabit seolah-olah lupa mereka diberi kerakyatan di Tanah Melayu ketika mencapai kemerdekaan atas ihsan orang Melayu.

“Namun sekarang ada pihak berani menghina Nabi SAW. Ini bererti mengundang mala petaka, kemuliaan baginda tidak boleh diremeh-temehkan oleh sesiapa pun walau pun kalangan orang Islam sendiri.

"Orang Islam sanggup mempertahankan kemuliaan Rasulullah SAW dengan apa cara sekalipun," katanya pada perhimpunan aman di Lagenda Height kelmarin.

Kira-kira 5,000 penduduk berkumpul di Stesen Minyak Caltex sebelum bergerak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani untuk membuat laporan. - HARAKAHDAILY 1/3/2019