Mahathir tidak akan berdiam diri - Muhammad Taib

MUHAMMAD FAIZAL | 29 Ogos 2014

IMAGE

KRITIKAN Mahathir terhadap Najib menunjukkan beliau menginginkan seorang Perdana Menteri yang bekerja dan bukannya selalu melancong.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

New clue emerges suggesting possible location of MH370

AFP - Telegraph | 28 Ogos 2014

The hunt for missing Malaysia Airlines Flight MH370 will focus on the southern part of the existing search zone after a new clue to the plane's possible location emerged, Australia has said. Fresh...

Kini giliran anak muda tolak Umno

Azan Safar .

Dengan melambatkan tarikh pengumuman parlimen dibubarkan, mungkin barangkali Datuk Seri Najib Razak sengaja mahu membuat rakyat tertunggu-tunggu, sehingga akhirnya berputus asa menunggu perstiwa politik tanah air yang paling bersejarah ini.

 

Dalam tempoh itu, Datuk Seri Najib lancarkan bermacam-macam sogokan seperti BR1M, Baucer Buku, Kad Siswa 1Malaysia, rebat telefon pintar, durian runtuh RM15,000 buat warga Felda dan pelbagai lagi.

 

Ternyata silap. Rakyat sekarang sudah bijak. Rakyat sudah tahu segala taktik pembohongan dan wang rasuah yang kerajaan Barisan Nasional lakukan demi memancing undi rakyat. Rakyat sudah muak dengan putar belit media penipu kerajaan. Rakyat sudah berani turun ke jalanan menyatakan kebencian dan sikap muak terhadap kerajaan korup yang ada sekarang ini. Rakyat tidak sabar mahu menumbangkan Barisan Nasional. Rakyat sudah bangkit!

 

Kini tiba giliran anak muda.

 

Terlebih dahulu terima kasih kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional kerana membelenggu anak muda di kampus dengan akta-akta Auku yang mengarut, menyeksa anak muda dengan bebanan hutang PTPTN yang melampau, menyogok anak muda kampus dengan bantuan-bantuan baucer buku, mendoktrin anak muda kampus dengan program-program pro-kerajaan dan menguburkan intelektualisme anak muda secara total.

 

Barangkali anak muda sudah terlebih awal melancarkan gerakan kesedaran turun padang sebagai agen penerangan kepada masyarakat; memberi pilihan kepada masyarakat untuk memilih keadilan atau kebatilan, membiarkan rakyat menilai dan membuat pendirian sendiri.

 

Jika dahulu, anak muda berpencak di atas pentas politik tanah air sebagai gerakan kuasa ketiga (third force), atau golongan semak dan imbang (check and balance), hari ini saya mewakili anak muda seluruh Malaysia yang cintakan keadilan sebulat tekad menyatakan bahawa “Kami Semua Tolak Umno Dan Barisan Nasional!”

 

Hari ini, anak muda sudah tidak gentar lagi menyatakan kemarahan terhadap kezaliman UMNO di hadapan Pejabat Agung Umno. Hari ini, anak muda sudah tidak gentar lagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib di Parlimen Pekan. Hari ini anak muda tidak gentar untuk menyatakan kebersamaan dengan gerakan-gerakan kebangkitan rakyat!

 

Bersih, Lynas, Royalti, Gerakan Mansuhkan ISA, Himpunan Kebangkitan Rakyat, atau di mana sahaja pasti ada anak muda!

 

Saya mewakili anak muda seluruh Malaysia memberi amaran keras kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional bahawa kami akan pastikan anda mesti tumbang pada pilihanraya umum akan datang, jika tidak, nantikan siri-siri kebangkitan kami.

 

Diberi peluang bertaubat tidak mahu,

Diberi masa memohon maaf usah sekali,

Diberi ruang berbincang enggan tampil,

Diberi cara baik, dibalas cara keji,

Nah, silakan berundur dari Putrajaya!

 

Tunggu kami. Anak Muda Tolak Umno/BN!


Penulis ialah Pengerusi Gelombang Anak Muda Tolak Umno/BN.

 

#Gelombang Anak Muda Tolak Umno/BN merupakan gabungan lebih 20 NGO yang sepakat mewujudkan gerakan kesedaran dan tekanan kepada kerajaan korup UMNO dan Barisan Nasional.