GST: Apa pendirian MP BN ketika rakyat tertekan

HARAKAHDAILY | 01 April 2015

IMAGE

1 April 2015 juga adalah satu tarikh malang buat rakyat Malaysia apabila mereka ditindas dengan sistem percukaian GST.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

Hudud: To Allah I surrender...

LanH, Lanh14@englishsection.com | 02 April 2015

DURING these ‘trying times' (such as problems involving parties in Pakatan Rakyat), I as a layman would like to pour out my understanding about Islam which I admit 'is too little' (scholars and...

PRU13: Setuju pandangan Ustaz Azhar Idrus

Ajai Sentul .

 

Dalam program Malam Seni Untuk Perubahan pada 16 Mac lalu di Kampung baru, Ustaz Azhar Idrus menyentuh suatu perkara yang amat penting bagi saya. Ingatan tersebut asalnya sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Nurul Izzah, namun ingatan yang disampaikan oleh Ustaz Azhar itu melangkaui semua pendokong perjuangan Islam dan Pakatan Rakyat.

Uztaz Azhar mengingatkan supaya jangan berasa selesa melihat sokongan rakyat yang ramai setiap kali ceramah diadakan. Jangan jadikan perkara itu sebagai ukuran bahawa kita kuat dan boleh mencapai kemenangan. Jangan rasa ujub, hebat serta rasa kehilangan pertolongan Allah atau dengan kata lain kita boleh menang melalui usaha sendiri.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan ingatan itu bahawa para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya yang beragama Islam supaya sentiasa tidak lupa penggantungan kita kepada Allah. Jangan sesekali kita lalai dan lupa akan hal ini. Kita menang bukan sebab kita kuat dan mendapat sokongan ramai tetapi kita menang sebab Allah nak bagi kita menang.

Apabila kita sentiasa berpegang dengan hakikat ini, barulah kemenangan itu mendapat berkat dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Marilah kita sama-sama menghadapi PRU kali ini dengan penuh tawaduk dan berserah diri kepada Allah.