Tahniah atas kemenangan calon BN

Presiden
Typography

SYUKUR kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon beragama Islam bagi mewakili rakyat dan masyarakat majmuk di Parlimen Cameron Highlands.

PAS mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon BN dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Cameron Highlands, dan melihat keputusan ini sebagai perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik.

Kekalahan DAP dan PH dalam PRK ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH dalam menunaikan janji mereka, di samping menjadi petanda rakyat menolak budaya politik melampau yang dibawa oleh DAP.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ahli dan jentera PAS dari seluruh negeri dan negara yang turut membantu dalam kempen PRK Cameron Highlands ini.

Kepada Tuan Ramli Mohd Nor, semoga beliau dapat membawa suara pembela agama, bangsa dan negara dengan sebaiknya di Parlimen.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 20 Jamadilawal 1440 / 26 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 26/1/2019

ramli