Persembahan ucapan menjunjung kasih D.Y.M.M. Sultan Selangor

Presiden
Typography

PATIK dan seluruh ahli PAS merafak sembah ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih dan ta'zim atas limpah perkenan D.Y.M.M Tuanku Sultan Selangor untuk mengekalkan ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga tarikh Pilihanraya Umum yang akan datang.

TG1Sesungguhnya limpah perkenan DYMM Tuanku amat disanjung tinggi untuk memastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor demi menjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat.  

Patik sepenuhnya meyakini bahawa ketiga-tiga ahli MMKN Selangor dan 10 orang ADUN daripada PAS tidak pernah luntur semangat untuk menjunjung kepercayaan DYMM Tuanku dan meneruskan amanah bagi menjaga kestabilan Kerajaan Negeri Selangor dan berkhidmat untuk rakyat dengan adil dan saksama.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

28 Syaaban 1438H / 25 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 25/5/2017