Takziah pemergian Mohammad Abdullah, bekas Pesuruhjaya PAS Sabah

Presiden
Typography

KAMI mendapat perkhabaran sedih dan dukacita di atas pemergian Haji Mohammad bin Abdullah, bekas Pesuruhjaya PAS Sabah.

Kami menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada ahli keluarga Haji Mohammad serta ahli PAS Sabah khususnya.

Sesungguhnya PAS kehilangan seorang tokoh yang gigih berjuang mengkaderkan pewaris perjuangan di kalangan anak-anak muda dan giat melakukan usaha dakwah dan kebajikan di Negeri Sabah.

Kami turut menyeru seluruh ahli PAS dan umat Islam untuk mendirikan solat jenazah ghaib, dan mendoakan semoga roh almarhum ditempatkan di kalangan para syuhada’ dan hamba-Nya yang soleh.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 2/7/2019