Alhamdulillah selamat pulang ke tanah air

Presiden
Typography

ALHAMDULILLAH selamat pulang ke tanah air setelah bermusafir ke Istanbul sejak 4 Syawal yang lalu.

Di samping program asal yang telah disusun, saya mengambil peluang untuk bertemu rakan-rakan pimpinan di Turki termasuklah Abdullah Gül (Mantan Presiden Turki), Ahmet Davuto─člu (Mantan Perdana Menteri Turki), Temel Karamollao─člu (Presiden Parti Saadat), Harun Macit (Pengerusi Reform Group) serta pimpinan NGO dan gerakan belia di Istanbul.

Dalam suasana politik di Turki dan keadaan umat Islam sedunia yang semakin getir, setiap kita mempunyai peranan untuk merapatkan hubungan dan mengukuhkan kerjasama bagi memelihara kekuatan dan perpaduan ummah, seterusnya menghalang musuh daripada mengambil kesempatan di sebalik perpecahan sesama kita.

Jutaan kemaafan kepada anak-anak Malaysia di bumi Al-Fatih yang tidak berpeluang untuk berjumpa kali ini. Didoakan agar kalian berjaya dalam pelajaran dan perniagaan yang diceburi.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
KLIA, 5.10 petang - HARAKAHDAILY 13/6/2019

h3

h4

h5