26
Sun, May
22 Artikel Baru

Anak muda pilih PAS, sedia sumbang peranan

Berita
Typography

TAMBUN: Sekitar 150 anak muda yang menetap dalam kawasan ini telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS sempena program Lepaking @ D' Lereng Ulu Chepor Ipoh, di sini semalam.

Rata-rata mereka yang ditanya menunjukkan kefahaman jitu dan begitu yakin untuk memilih PAS sebagai platform untuk menyumbang tenaga serta kepakaran berjuang bersama jamaah PAS.

Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun, Ustaz Salleh Said dalam ucapan penutup program itu berharap seluruh anak muda dapat bersama menggerakkan agenda tarbiah, dakwah dan siasah yang menjadi tunjang perjuangan PAS.

Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Hafez Sabri pula dalam ucapannya yakin bahawa generasi itu adalah mereka yang akan menyumbang kepada kemenangan PAS di Tambun khususnya dan Malaysia amnya.

Anak muda yang berminat menyertai PAS dan bersama dalam aktiviti Pemuda PAS Tambun boleh menghubungi Penolong Setiausaha Pemuda PAS Tambun, Muhd Mahathir Abdullah di talian 017-528 6834. - HARAKAHDAILY 18/2/2019

IMG 20190218 WA0029  

IMG 20190218 WA0030

 IMG 20190218 WA0031