20
Tue, Aug
29 Artikel Baru

Bekas Umno ‘berkampung’ dalam PH lawan PAS

Nasional
Typography

APA yang boleh kita kata ramai ahli parlimen (MP) Umno dan Ahi Dewan Undangan Negeri (Adun) melarikan diri daripada parti, ‘berkampung’ dalam Pakatan Harapan (PH) untuk bersama Dr Mahathir dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim?

Mahathir itu adalah orang Umno mungkin menyertainya sebelum Anwar lahir. Anwar pernah dilihat menyanggah Umno ketika mencari wadah untuk berpolitik. Didekatinya PAS tetapi Mahathir menunjuknya wadah yang pragmatik baginya, bukan PAS tetapi Umno. Maka Anwar pun bersama Mahathir demi menghadapi PAS.

Mahathir ada rekod sekali kalah dengan PAS. Kedah adalah kubu Umno /Perikatan tetapi dia dikalahkan oleh orang PAS dari luar Kedah, Haji Yusof Rawa dari Pulau Pinang tahun 1969. Selepas kalah itu dia dilensing dari Umno. Sebagai orang terbuang Umno dia dekat dengan PAS dan PAS dekat dengannya. Dia naik pentas PAS menentang calon Perikatan PRK Kapar tahun1970.

TULISAN PENUH SUBKY DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT DI PASARAN.