18
Wed, Sep
40 Artikel Baru

Kualiti jalan: Menteri diminta memandu sendiri

Nasional
Typography

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah hari ini melahirkan rasa amat dukacita dengan kualiti jalan raya di Negeri Sabah.

Jalan-jalan utama yang menjadi laluan penting penduduk Sabah punya kualiti yang sangat rendah dan amat membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Antara jalan utama yang sedang menjadi perhatian utama dan kerisauan pengguna jalan raya ialah jalan Sapulut-Kalabakan dan jalan Telupid- Sandakan.

Kualiti kedua-dua laluan utama ini sangat membimbangkan. Jalan Sapulut-Kalabakan yang baru dirasmikan pada tahun 2015 dengan kos lebih RM900 juta sudah rosak teruk.

Sama juga dengan jalan Telupid-Sandakan. Keadaan jalan yang berlubang bukan sahaja boleh merosakkan kenderaan malah sangat membahayakan keselamatan pengguna jalan.

PAS Sabah sangat mengharapkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri memberi perhatian serius terhadap masalah ini. Menteri yang bertanggungjawab diminta melalui jalan ini menggunakan kenderaan. Menteri mesti merasai derita rakyat.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
22 Disember 2018 - HARAKAHDAILY 22/12/2018