20
Tue, Aug
28 Artikel Baru

Ziarah Muslimat santuni warga Petra Jaya

Berita
Typography
PETRA JAYA: Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya telah mengadakan program ziarah dan sumbangan kebajikan, serta kelas pengajian al-Quran di sekitar Samariang, di sini semalam.
 
Program berkala dipimpin Ketua Muslimat PAS Petra Jaya, Habsah Bujang bersama Ahli Jawatankuasanya itu diadakan dalam usaha mendekati masyarakat terutama kaum wanita dan golongan kurang berkemampuan.
 
Pada ziarah yang dilakukan ke kediaman penduduk, sumbangan berupa barangan keperluan harian hasil infak orang ramai diberikan sebagai meringankan beban keluarga terbabit.
 
Hasrat penduduk dalam kalangan kaum ibu untuk mempelajari al-Quran turut dipenuhi pihak rombongan apabila langsung mengajar di rumah mereka sempena ziarah itu.
 
Menurut Habsah, aktiviti sedemikian merupakan rutin Muslimat PAS Petra Jaya sejak beberapa tahun lalu dan sentiasa diteruskan dalam rangka menjalin hubungan dengan penduduk. - HARAKAHDAILY 22/1/2018