PAS Sarawak komited bangunkan pendidikan pra-sekolah

Nasional
Typography

AGENDA pendidikan adalah antara aset terpenting bagi pembangunan tamadun manusia yang merangkumi pendidikan akademik , kerohanian dan akhlaq.

PAS Sarawak melihat bahawa agenda pendidikan sebagai antara agenda utama yang seharusnya di beri fokus oleh kerajaan negeri Sarawak. Bajet 2018 bagi negeri Sarawak yang di umum oleh YAB Ketua Menteri Sarawak sebanyak RM5.78 bil seharusnya mengambil kira pembangunan institusi pendidikan di semua peringkat.

Kerajaan negeri di bawah Kementerian berkaitan seharusnya mengambil serious dalam melihat berapa ramai kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam akses kepada pendidikan pra-sekolah. Pihak berkaitan seharusnya berusaha sedaya upaya supaya tiada keciciran dalam mendapat hak pendidikan awal ini.

PAS Sarawak sejak 2005 telah menubuhkan Pusat Pendidikan Pra Sekolah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan sehingga 2017 telah mempunyai sebanyak 42 pusat pendidikan pra sekolah yang di kelolakan di bawah Dewan Pemuda PAS Sarawak.

Melalui Visi bagi Melahirkan Insan Soleh di Malaysia Melalui Pendidikan Pra Sekolah Sebagai Elemen Terpenting, PAS Sarawak yakin bahawa keutamaan dalam pembangunan pendidikan pra sekolah adalah pencetus kepada kecemerlangan insan dari sudut akademik dan sahsiah.

Bersempena Majlis Konvokesyen bagi kesemua PASTI Seluruh negeri Sarawak yang bakal berlangsung, PAS Sarawak ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan anda dalam visi menjadi Insan yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat.

MUHAMMAD AFIQ MHD KHAZAR
Ketua Penerangan PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 17/11/2017