Buku Deepak bagai pisang goreng panas

Muhammad Faizal | .

PENDANG: Buku pendedahan ahli peniagaan permaidani, Deepak Jaikishan "The Black Rose" mendapat sambutan hangat rakyat negara ini.

Tinjauan Harakahdaily mendapati, kebanyakan buku ini dijual di setiap tempat termasuk di hentian treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS yang berhenti untuk mengadakan program.

Boleh dikatakan seperti pisang goreng panas apabila orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku tersebut bagi mengetahui pendedahan yang dilakukan oleh Deepak.

Sewaktu treler singgah untuk program di Kubur Panjang di sini hari ini, bekas pelakon Abby Abadi turut berada di sini dengan dilihat sedang menandatangan buku tersebut yang diminta peminat.

Kehadiran beliau sekaligus menarik minat orang ramai untuk memiliki buku tersebut yang dilihat sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat.

Keadaan sama sebelum ini juga berlaku ketika singgah di Manjoi Perak semalam dan di Uptown Perda malam tadi.

Sementara itu, treler hari ini bergerak ke Jeniang bersama Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Share on Myspace